Wednesday 12 October 2011

Ubuntu??? I pun Buntu...


Anda buntu ke..??hehe..Buntu mengenai apa ya..??
ok2,entry kali nie mengenai Operating System(sistem operasi) Linux iaitu UBUNTU..pelik kan namanya,tapi pada hakikatnya,itulah keunikan OS nie,nama pun dah special..Mari kita Selongkar,apa itu ubuntu sebenarnya..


 Pengenalan (Apa itu Ubuntu ?)
Mesti ramai yang tertanya-tanya,apa itu ubuntu,dan yang pasti,mesti ramai yang buat pandangan sendiri. Bagi orang yang tidak faham lah.macam dialog dibawah nie..::
x : “saya mau tukar os saya..pakai linux la..kalau window,banyak virus..dah tu,mau kna bli software license yang mahal lagi tu..”
y : “bha,kau cuba UBUNTU la..first time pakai,pastu msti kau suka sudah tu”
x : ” HAH UBUNTU, apa tu ???? , kau BUNTU ka…..!!!”
y : ” Sowt….!!!!!
2. Sejarah Linux
Ubuntu adalah salah satu keluaran Linux yang berlatarbelakangkan pada Debian dan memiliki interface desktop. Projek Ubuntu telah ditaja oleh Canonical Ltd (sebuah syarikat milik Mark Shuttleworth).
http://media.arstechnica.com/news.media/mark_keynote.png
Nama Ubuntu diambil dari nama sebuah konsep ideologi di Afrika Selatan. “Ubuntu” berasal dari bahasa kuno Afrika, yang bermaksud “rasa perikemanusian terhadap sesama manusia”. Ubuntu juga boleh bermaksud “aku adalah aku kerana adanya kita semua”. Tujuan Linux mengeluarkan Ubuntu adalah membawa semangat yang terkandung di dalam Ubuntu ke dalam dunia alam maya.
3. Mengapa harus Ubuntu?
Ubuntu adalah [sistem operasi] lengkap berlatarbelakangkan Linux, tia merupakan sistem operasi yang bebas dan mempunyai sokongan daripada komuniti masyarakat dan juga komuniti profesional.
Komuniti Ubuntu dibentuk berdasarkan falsafah Ubuntu : 
* menyediakan perisian yang bebas dan percuma
* menyediakan perisian yang dapat diterima oleh semua jenis golongan masyarakat
* membolehkan pengguna mengubah sistem perisian tersebut mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri.
Kebebasan yang ada Ubuntu inilah yang membezakan sistem operasi ubuntu dengan sistem operasi window.Bukan setakat perisian yang percuma dan senang didapati,tetapi perisian tersebut juga boleh diubah mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri.

kelebihan ubuntu :
- bebas virus ; Pada ketika ini,virus lebih banyak menyerang OS Ms yang berformat ext.exe. Tetapi bagi ubuntu pula,virus tidak pernah menyerang sistem operasi ubuntu,ini kerana kelainan yang ada pada ubuntu itu sendiri.Tambahan pula,virus dicipta untuk OS MS,bukan Linux.
- 3D Interface : Jika anda menggunakan OS MS,anda memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi jika ingin menggunakan effek 3D pada sistem anda. Tetapi berbeza dengan OS Ubuntu,ubuntu tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi untuk perisian 3D
- Kesesuaian : Kini Ubuntu sudah boleh diterima pakai oleh semua jenis 'Hard Drive',USB Modem,WiFi dan semua jenis 'removable disk' yang cuma perlu Plug n Play sahaja.
- Pertukaran OS yang cukup mudah.
- Percuma : anda hanya perlu muat turun ubuntu dari website ubuntu. Download disini.
-user friendly : Semua pengguna,samada orang awam atau profesional boleh menggunakan ubuntu
kekurangan ubuntu :
- Internet Connection : Untuk update dan install ubuntu,anda memerlukan sambungan internet.
- Kekurangan sumber pengetahuan dikalangan pengguna mengenai Linux.Kebanyakan pengguna sudah terbiasa dengan OS MS sehinggakan mereka tidak kenal langsung apa itu Linux,maka ini akan menyebabkan pengguna kurang menggunakan Linux
Apa ada dalam ubuntu :
- Multimedia : Rythmbox Music Player,memainkan filem dvd menggunakan movie player,mengedit video menggunakan Pitivi
- Instant Messaging (ym,msn etc) : pidgin dan emphaty
- Laman sosial(facebook.tweeter etc) : Gwibber microblogging

- Browser : Firefox dan Opera
- 3D :  compiz dan emerald.
- Dilengkapi dengan WiFi

Inginkan Maklumat Lanjut >> Click here
Next entry,saya akan terangkan lebih lanjut mengenai Ubuntu..so,pastikan anda stick ngan blog saya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...