Friday, 5 August 2011
~~Ramadhan datang lagi..~~
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." (Al-Baqarah, ayat 183)
ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah ramadhan datang lagi..alhamdulillah,diri ini masih diberi peluang untuk berjumpa dengan bulan yang pnuh kemulian & keberkatan..puasa bukan sahaja menahan lapar & dahaga..puasa melatih diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan melatih kita untuk mengawal hawa nafsu kita.Apa yang biasa sy tengo masyarakat sekarang,semuanya hanya berpuasa untuk memenuhi keperluan agama..tetapi tidak menghayati apa sebenarnya ramadhan itu..sebagai contoh,masih ada lagi yang tetap melakukan hal y sama seperti ketika tidak berpuasa..malahan ada yang lebih teruk dari sebelum ini..mengapakah semua terjadi kepada masyarakat akhir zaman..??"TEPUK DADA TANYA IMAN"..(peringatan untuk diri sy sendiri)..
TERAWIH>>
seperti biasa apabila tibanya bulan ramadhan,seluruh masjid & surau dipenuhi dengan muslimin & muslimat yang ingin mengerjakan solat sunat terawih.pertanyaan dalam diri,kenapa solat sunat,masjid penuh??pertanyaan ini sy tanyakan pada diri sy sendiri..astaghfirullah..semoga ALLAH mengampunkan dosaku..terasa seronok juga tengo ramai orang mengimarahkan masjid..semoga amalan kita semua diterima ALLAH S.W.T..amin~~
BERBUKA PUASA>>
kalau dah berpuasa tue,yang paling ditunggu2 adalah waktu berbuka puasa..hehe..(sama dengan diri ini jgak)..dekat2 waktu berbuka tue,dalam hati harapkan masa bergerak dengan cepat,sebab dah tidak sabar hendak berbuka puasa..ish3..biasalah,manusia biasa(ayat standard)..haha
BAZAAR RAMADHAN>>
satu lagi kebiasaan apabila bulan ramadhan tiba,"BAZAAR RAMADHAN"..lombong emas buat peniaga2 kecil2an..sehingga ke hari ini(6 ogos 2011),sy belum berpeluang ke bazaar ramadhan di kuching nie..atas alasan sibuk dengan pelbagai aktiviti..insyaallah hajat untuk ke bazaar ramadhan nie akan tertunai hari ini..
peringatan buat muslimin & muslimat yang berkunjung ke bazaar2 ramadhan,jangan membeli dengan nafsu,belilah dengan bijak..memanglah kita nak buat amal dengan bagi keuntungan kepada peniaga2,tetapi janganlah sampai membazir.."AMALAN SYAITAN TUE..!!" wallahualam..
DENDANG PERANTAU>>
terasa sangat sedih apabila belum berpeluang unutk berpuasa bersama ahli keluarga..inilah situasi yang terpaksa dihadapi oleh pelajar2 yang merantau jauh ke negeri orang..silap2 haribulan terpaksa berhari raya di rantau orang..alhamdulillah sy ada sedikit kewangan untuk pulang berhari raya di kampung halaman pada cuti pertengahan semester nanti,insyaallah dapatlah berpuasa dengan ahli2 keluarga sy..buat sahabat2 seperjuangan kat politeknik kuching sarawak yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman,kuatkan semangat anda,insyaallah ada hikmah disebalik semua ini..
LAST BUT NOT LEAST>>
sy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada ahli keluarga yang jauh di SABAH,more specific,KOTA MARUDU & KUDAT..insyaallah kita akan bersama dihari raya nanti..buat sahabat2 poli,semoga bulan ramadhan ini memberikan kita satu perubahan yang memberangsangkan,yakni perubahan yang positive..insyaallah..
syukran@terima kasih@thank you@toche@nandre...
Friday, 27 May 2011
Orang Baru...
pada 7 mei 2011..telah lahirla seorang puteri y amat dinanti2kan keluarga kami..puteri y diberi nama RANIA SUFFIAH adalh anak kpd abangku y kedua..ini menjadikan anak buah aku mnjadi 2 owg..sepasang..seowg llaki n seowg pmpuan..syukur alhamdulillah..
Tuesday, 19 April 2011
Bertudung @ Berfesyen...????
Bertudung atau berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.
Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.
Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Monday, 11 April 2011
seharian bersama kengkawan
pada 9 april 2011,aku bersama teman seperjuangan melepaskan tekanan study di matang family park atau lebih dikenali dengan kubah..perjalanan dari politeknik kuching sarawak xlah jauh sngt,bb kubah dgn poly dekat jer..
biaqpn xsume sahabat2 y ikut,tp tetap meriah..
wat kawan2 ku sekalian..kita dah enjoy2,kang da tiba masa 2k berperang menghadapi final exam kita..
aku sertakan skali disini gambar2 ketika berada disana..
biaqpn xsume sahabat2 y ikut,tp tetap meriah..
wat kawan2 ku sekalian..kita dah enjoy2,kang da tiba masa 2k berperang menghadapi final exam kita..
aku sertakan skali disini gambar2 ketika berada disana..
Sunday, 10 April 2011
about faceblog
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Wednesday, 6 April 2011
Apa itu CINTA???
Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta.
Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta.
Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.
Subscribe to:
Comments (Atom)





