Sunday 30 March 2014

Permohonan kemasukan ke ILJTM Sesi Julai 2014


Permohonan adalah secara online sahaja melalui Aplikasi Dalam Talian (ADT) di laman web UPU, http://upu.moe.gov.my atau klik di sini.  Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 20 Januari 2014 (Isnin) Dan tarikh tutup permohonan adalah pada 7 April 2013 (Isnin). Untuk melihat iklan permohonan kemasukan sila klik sini. Maklumat lain mengenai permohonan adalah seperti berikut:
 1. Pemohon DIWAJIBKAN untuk membeli no. Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 10.60. Sila simpan slip pembelian no. Unik ID sebagai rujukan.
 2. Tatacara pembelian no. Unik ID di kaunter :
  •    Mengemukakan Kad Pengenalan/MyKad atau salinan Kad Pengenalan/MyKad
  •    Bayaran pembelian no. Unik ID mengikut kategori permohonan
  •    Tarikh pembelian no. Unik ID bermula 20 Januari 2014. (Nota: Calon yang tidak mempunyai Kad Pengenalan/MyKad adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan.)
 3. Kaedah Pembelian no. Unik ID:
  •     Kaunter BSN
  •     Mesin ATM BSN
  •     SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO BSN yang mengaktifkan BSN SMS sahaja)
4. Maklumat lanjut mengenai permohonan, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Latihan
Jabatan Tenaga Manusia
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Tel:03-8886 5551 /5556 / 2418 / 5580 /5482 / 5557

sumber daripada : Klik disini

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...